Monday, June 28, 2010

BAHASA ARAB BAHASA AL-QURAN

MUQADDIMAH

Al-Quran merupakan mukjizat yang diturunkan kepada junjungan Nabi Muhammad S.A.W, yang mana mukjizat ini akan digunakan hingga ke hari kiamat. Pada zaman yang begitu mencabar ini, ramai diantara manusia yang hanya mementingkan kehidupan dunia dan lupa akan kehidupan yang bakal mendatang kelak. Dari itu Bahasa Arab meerupakan jalan untuk kita memahami Al-Quran dengan sebenar-benarnya yang diinginkan oleh Allah S.W.T

Dalam hadis Nabi Muhammad S.A.W "Aku mencintai orang Arab kerana tiga perkara

1. bahasa ahli syurga

2. bahasa Al-Quran

3. kerana bahasa aku "

Rentetan dari hadia Nabi Muhammad S.A.W, jelas kepada kita betapa pentingnya kita menguasai dam memahami bahasa Arab di dalam mendalami ilmu Al-Quran.

Di era globalisasi kini, ramai diantara para cendiakawan menafsirkan Al-Quran mengikut citarasa masing-masing tanpa menghiraukan akan perpaduan ummah dan keamanan negara. Dari itu memahami bahasa Arab yang betul dapat mengelakkan daripada penyalahgunaan Ilmu Al-Quran mengikut hawa nafsu masing-masing.

Sehubungan dengan itu diatas dasar kesedaran dan sikap prihatin yang mendalam, maka tercetuslah satu idea dari pihak kami untuk menganjurkan kursus Bahasa Arab & bimbingan rohani yang bertempatan di Pusat Pendidikan Islam Darul Mustaffa, Hadramawt, Yemen.


OBJEKTIF

Murid-murid boleh berbahasa Arab.

Untuk merealisasikan tuntutan Al-Quran dan Sunnah dalam kehidupan.

Dapat menghubungkan silaturrahim dan menyatukan hati agar mahabbah dan mawaddah dapat direalisasikan.

Membantu meringankan beban insan ingin mempelajari bahasa arab.

Untuk memenuhi masa lapang para pelajar di penggal akhir cuti sekolah daripada melakukan kerja-kerja tak berfaedah yang boleh mendatangkan kesan negatif.

MOTTO

"BAHASA ARAB MELAHIRKAN INSAN YANG MEMAHAMI AL-QURAN"